4 Persoalan Penting Sebelum Memilih Platform Blog

platform blogTandukan Puyol telah berjaya melayakkan Spain ke Final bertemu dengan Belanda. Haha..Tahniah2. Top 3 team pilihan saya semua sudah Out, maka terpaksalah saya menyokong Spain. Spain ni yang ke 4. Anda team mana? Tak kisahla team apa yang penting spain akan menjadi juara Piala Dunia 2010. Ewahhh..konfidennya saya..hahaa.. :lol:

Baiklah, habis cerita Spain kita terus ke tajuk kali ini. 4 persoalan Yang Penting Sebelum Memilih Platform Blog.

Untuk pengetahuan anda, lebih beratus(beribu kot) jumlah platform di luar sana yang anda tidak tahu kewujudannya dan menawarkan penggunaan secara percuma(blogspot, wordpress dll) atau menggunakan hosting(wordpress.org, MovableType dll) anda sendiri.

Setiap servis/platform memiliki kekurangan dan kelebihan masing masing. Oleh itu, sebelum memulakan blog anda harus mengambil kisah 5 soalan utama berkaitan dengan apa yang tersirat dalam anda.

1. Adakah anda suka bermain dengan kod atau lebih suka menulis sahaja apa yang tersirat?

Ada sesetengah platform memerlukan anda memiliki kemahiran HTML, CSS, PHP dan sebagainya untuk membuat post, menghiasi post dan artikel anda dan mengejar traffik. Jadi, jika pengetahuan anda masih cetek berkaitan dengan kod kod ini, saya menggalakkan anda gunakan sahaja platform percuma seperti wordpress, blogspot, Tumblr dan Onsugar.

Tetapi jika anda seorang yang suka mengeledah dan suka dengan cabaran, maka anda boleh menggunakan platform yang menggunakan hosting sendiri seperti wordpress.org, MovableType dan sebagainya. Ini lebih menarik jika berkaitan dengan plugins dan themes.;)

2. Anda buat blog untuk keseronokkan atau untuk mendapat ringgit atau kedua duanya sekali?

buat duit dengan blog

Hampir semua platform menyediakan servis yang ringkas seperti anda tulis artikel kemudian publish. Ini biasanya bagi mereka yang buat blog sebagai hobi. Tidak perlu la anda menggunakan paltform yang rumit. Yang biasa seperti blogger memang sesuai. Sebab senang nak edit dan sebagainya.

Tetapi jika anda nak buat duit dengan platform yang ringkas seperti ini, tetap mengikut kemahiran anda. Sebab kurang fungsi untuk anda meletakkan iklan dan sebagainya. Kecuali iklan PPC.

Tetapi jika anda inginkan blog yang professional, seperti meletakkan iklan, flash, edit banner, layout, perfomance dan sebagainya maka platform yang sesuai adalah yang berbayar dan banyak fungsi. Pendek kata, pilih platform yang berbayar seperti wordpress.

3. Anda nak buat secara percuma atau berbayar?

Biasanya kita lebih suka dengan benda yang percuma. Tetapi kita sendiri maklum bahwa benda yang percuma mesti memiliki kelemahan. Jika anda inginkan sebuah platform yang percuma, anda boleh menggunakan platform blogspot, wordpress dan sebagainya. Tetapi anda ibarat menyewa rumah orng. Berkongsi keperluan dengan tuan rumah. Jadi, anda kurag bebas la nak hias rumah tu..

Jika anda menggunakan platform yang berbayar(pada hosting sendiri) kelebihan memang semua milik anda. Nama rumah, nak hias rumah dang sebagainya. Anda boleh buat apa sahaja untuk menghasilkan sebuah blog mengikut citarasa anda.=)

4. Adakah banyak sokongan aktif kepada platform tersebut?

Membuat blogang banyak platform blog di dunia ini tetapi anda perlu ambil kira keperluan yang berkaitan dengan blog anda. Contohnya anda di kawasan luar Bandar dan jalan yang tidak berturap tetapi anda membeli sebuah kereta Ferrari. Itu jika anda salah pilih platform.

Di Malaysia, yang paling popular adalah WordPress, blogger dan joomla(kalau ada lain yang lebih popular, anda tambah2kan la.;p).

Kelebihannya adalah apabila anda mengalami masalah dengan sesebuah platform, maka senang untuk anda membuat rujukan dan mengatasi masalah.

Ada Soalan Yang Lain?

4 persoalan mungkin tak cukup bagi anda. Jika anda masih keliru nak pilih platform yang sesuai, tinggalkan sahaja komen anda dibawah. Saya akan membimbing anda.

Anda nak buat blog tetapi tidak tahu bagaimana membuat blog? Saya ada rujukan terbaik untuk anda iaitu Pakej Kit Blogger. Pakej yang lengkap langkah demi langkah untuk membuat blog di platform WordPress. Dapatkannya DI SINI ;)

Sumber Artikel : Blogging Pro

Related posts:

  1. Perkara Asas Buat Blog
  2. WordPress VS Blogspot
  3. Cara Upgrade Blog WordPress
  4. Hantar Blog Ke Bing Untuk Meningkatkan Traffik Blog

About admin

Masih menuntut di IPTA dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan pembuatan dan part time sebagai Internet Marketer dan Blogger. Salam perkenalan dari Mr admin.

Langgan Artikel Kami Dengan PERCUMA. Sila Masukkan Emel Anda Pada Ruang Dibawah:

Dibawakan Oleh FeedBurner

This entry was posted in Blogging Teknik, TIPS & TUTORIAL and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to 4 Persoalan Penting Sebelum Memilih Platform Blog

  1. Pingback: Perkara Asas Buat Blog | lapadeh|dot|com blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>