Aku Telah Jatuh Cinta

Aku telah jatuh Cinta.. Dengan gadis mana lagi ni?

Mana ada jatuh cinta dengan mana mana gadis. Saya seorang yang setia pada yang satu tau.hehe.. Saja nak bagitau yang saya telah jatuh cinta dengan default themes terbaru wordpress iaitu ‘twenty ten’.

Beberapa hari yang lepas, saya telah upgrade blog kepada versi yang terbaru iaitu wordpress 3.0. Selepas banyak kali ‘mengoogle’, akhirnya saya terjumpa beberapa maklumat yang menarik untuk dikongsi tentang themes twenty ten ini.

Bukan maklumat seperti man behind the scene la tetapi beberapa perkara yang baru tentang themes wordpress ini.

Lebih 4 tahun wordpress menggunakan Kubrick sebagai default themes. Pada tahun 2010, segalanya berubah sejak kelahiran versi wordpress 3.0 dengan themes twenty ten.

Saya sebelum ini tak pernah guna pun themes kubrick ini. Malah, tak berminat langsung. Bukan apa, kalau nak tweak@’mencubit’ memang banyak perkara kena tau. So, alih alih saya menggunakan themes yang lain.

Semua themes melibatkan kemahiran HTML dan CSS yang simple kalau inginkan blog kelihatan proffesional. Bagi saya, cara paling senang adalah dengan mengoogle. Hehe..

Banyak dah saya membebel..Apalagi, jom mula.=)

Pertama, tidak perlu kemahiran yang dalam sangat jika nak hias blog anda. Banyak ciri terbaru pada twenty ten ini. Drop down menu yang melintang, tipografi, microformats, post thumbnails, AYATAAYABBN(what you see is what you realy get) :P  dan macam macam lagi.

Ke-2,  balik kepada AYATAAYABBN(WYSIWYRG) tadi, ciri tipografi, header, lapisan gambar, sempadan dan lain lain memang senang nak dipamer dan diolah.

Diantaranya adalah seperti HTML elements. Anda tidak perlu menggunakan plugin untuk mempamerkan html. Ini biasanya bagi blog tutorial yang ada kena mengena dengan benda seperti HTML dan CSS.

 Aku Telah Jatuh Cinta

Ke-3 adalah kedudukan gambar dan gaya. Selama ini, kedudukan gambar adalah seperti kiri, kanan, tengah dan tiada. Tetapi kali ini anda boleh meletakkan gambar dimana sahaja. Yang menariknya, anda boleh meletakkan penjelasan tentang gambar tersebut dengan lebih menarik.

 Aku Telah Jatuh Cinta

Ke-4, multi-post page. Kebanyakkan themes memerlukan kita memasukkan sendiri kod kod HTML untuk buat multi-post page. Pada twenty ten, ini tidak perlu. Hanya tetapkan sendiri berapa post untuk sesuatu kategori, kemudian apabila sampai tahapnya, multi-post page akan muncul.

multi%20post Aku Telah Jatuh Cinta

Ke-5, setting menus! Ini bahagian paling menarik dan paling saya suka. Hehe.. Bagi kebanyakkan themes, kita hanya ada untuk kategori ataupun page pada navigation bar/menu. Kalau tidak pun, nak kena edit HTML baru dapat. Tetapi pada themes twenty ten ini, anda boleh tetapkan sendiri menu mengikut citarasa anda untuk diletakkan pada navigation bar/menu. Hanya pergi ke Dashboard>Appearance>Menus.

menus Aku Telah Jatuh Cinta

Ke-6, header dan background. Tidak perlu anda edit HTML dan CSS jika ingin mengubah header atau latarbelakang blog anda. Twenty ten menyediakan ruang untuk anda. Pergi ke Dashboard>Appearance>Header ataupun Background.

header Aku Telah Jatuh Cintabkground Aku Telah Jatuh Cinta

Ke-7, adalah templates untuk one column, no sidebar page. Ini seperti muka depan blog saya ni. Tidak perlu untuk buat page baru seperti custom.php kemudian edit HTML dan CSS lagi. Hanya create page baru kemudian tetapkan templates kepada one column, no sidebar.

Ke-8, ciri ciri update. Biasanya kalau nak upgrade/update, kita perlu merujuk satu satu benda seperti plugins dan themes. Tetapi, twenty ten telah menggabungkan ciri upgrade ini. Jika ada bahagian perlu update, akan ditunjukkan pada ruang update tersebut. Hanya pergi ke Dashboard>Updates..

Fuhh..rasanya cukupla setakat itu dulu. Banyak lagi sebenarnya. Tetapi itu yang mampu saya sampaikan malam ini. Memandangkan esok nak pergi fakulti awal pagi.;p

Pada post akan datang saya akan cerita lagi. Saya juga akan berkongsikan dengan anda beberapa teknik untuk ‘mengedit’ twenty ten ini. Jika anda inginkan rujukan lebih tentang twenty ten, sila pergi ke laman web rasmi twenty ten. DISINI.

Okeh, saya nak jalan dulu. Babaii… Salam kejayaan.. ;)

Sumber Gambar dan Artikel adalah dari Web Rasmi twenty ten themes.

Related posts:

  1. 4 Persoalan Penting Sebelum Memilih Platform Blog
  2. Cara Buat Thumbnails Image Pada WordPress Homepage
  3. Cara Backup WordPress Fail Dan Database
  4. WordPress Kembali Dengan WordPress 3.0

About admin

Masih menuntut di IPTA dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan pembuatan dan part time sebagai Internet Marketer dan Blogger. Salam perkenalan dari Mr admin.

Langgan Artikel Kami Dengan PERCUMA. Sila Masukkan Emel Anda Pada Ruang Dibawah:

Dibawakan Oleh FeedBurner

This entry was posted in Blogging Teknik, TIPS & TUTORIAL and tagged , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Aku Telah Jatuh Cinta

  1. zez says:

    aku telah jatuh cinta juga…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>