Pelaburan Yang Paling Menguntungkan

pelaburan-yang-paling-menguntungkanTahukah anda bahawa kita boleh berjaya hanya dengan melabur RM10 sebulan?

Mungkin anda selalu bertanya, syarikat atau bank mana yang menawarkan nilai pelaburan tinggi dan cepat mencecah juta dalam masa yang singkat.?

Saya rasa ramai yang tahu. Jawapannya, pelaburan yang paling menguntungkan adalah dengan melabur pada diri sendiri.

Jika anda ada duit dibawah RM3000, gunakan duit tersebut sebagai modal untuk membeli buku pengetahuan, menghadiri seminar, membeli buku buku motivasi dan sebagainya yang boleh menambahkan pengetahuan anda.

Kunci kejayaan di sini adalah menempah kedudukan dan menambahkan dulu pengetahuan anda dalam sesuatu bidang yang anda bakal ceburi.

Tidak kisah pun siapa anda sekarang, sama ada guru, tentera, pengurus bank, salesman, penganggur, pelajar, surirumah ke, bapa yang bekerja berat ke d an sebagainya, anda boleh berjaya hanya dengan melaburkan jumlah wang yang kecil, untuk pengetahuan.

Contoh : anda menyimpan tiap tiap bulan RM10 untuk membeli sebuah buku berkaitan dengan kerja/bidang/perniagaan anda. Saya percaya setiap orang ada RM10. Apabila wang anda cukup, beli buku tersebut. Baca dan belajar berdasarkan buku tersebut dan pratikkan segala yang terkandung. Anda pasti menemui kejayaan.

Contoh lagi : anda ingin membuat duit dengan blog. Tetapi anda tidak tahu bagaimana buat blog. Maka anda simpan duit dan apabila modal cukup, anda gunakan modal tersebut dengan membeli sebuah ebook/buku yang berkaitan dengan cara cara membuat blog. Contohnya ebook Pakej Kit Blogger. Disini telah Nampak bahawa anda telah melaburkan duit untuk sesuatu yang boleh mencipta asset. Hanya bermodalkan beberapa Ringgit, tetapi apabila blog anda sudah berjaya, kini faedah milik anda.

Modal dah pulang, malah tiap tiap bulan anda mampu menghasilkan pendapatan sehingga 4 angka. Itulah dia pelaburan untuk pengetahuan secara ringkas.

Jadi, kuncinya di sini adalah dengan membeli buku tersebut, pengetahuan berkembang, pengalaman bertambah dan apabila mula sahaja anda bertindak pada bidang tersebut, anda sudah memiliki kemahiran sendiri.

Kejayaan tidak memerlukan tahap pendidikan yang tinggi. Yang penting adalah sifat ghairah pada seseorang untuk mencapai sesuatu. Jangan beranggapan apabila keputusan sekolah tidak cemerlang ataupun gagal, anda terus menyalahkan diri dan terus berputus asa. Jangan wujudkan perasaan seperti itu. Kerana, peluang memang banyak. Banyak hingga anda sendiri tidak nampak dan sedar.

Semua ini ada kaitan dengan pelaburan. Bukan pelaburan dengan bank atau skim2 tertentu, tetapi pelaburan untuk ilmu pengetahuan anda. Sentiasa baiki diri, belajar dan belajar lagi. Hentikan berangan. Laksanakan terus sesuatu untuk mendekatkan diri dengan impian anda.

Kesimpulannya, simpan duit anda untuk membeli sesuatu yang mampu membaiki diri seperti buku rujukan, buku motivasi, menghadiri seminar dan sebagainya yang boleh membentuk asset..

Salam kejayaan… ;)

Related posts:

  1. Perniagaan Ebook Memang Menguntungkan
  2. Penerangan Tentang Hukum Muamalat HyProBulkSMS
  3. Tambah Pendapatan Bersama Kami Di HYPROBULKSMS
  4. Apa Itu Skim Cepat Kaya?

About admin

Masih menuntut di IPTA dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan pembuatan dan part time sebagai Internet Marketer dan Blogger. Salam perkenalan dari Mr admin.

Langgan Artikel Kami Dengan PERCUMA. Sila Masukkan Emel Anda Pada Ruang Dibawah:

Dibawakan Oleh FeedBurner

This entry was posted in BUAT DUIT, TAKTERKATEGORI and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>